Sebelum memilih rawatan pelangsingan badan di spa, anda perlu tahu apakah jenis rawatan yang sesuai untuk ibu selepas bersalin. Jangan terpedaya dengan tawaran melangsingkan badan yang
mungkin tidak sesuai dan berbahaya kepada anda.
Antara rawatan yang disarankan kepada wanita yang baharu melahirkan anak termasuk :
1. Skrub badan
Rawatan ini memang boleh dilakukan selepas bersalin dan amat digalakkan. Ia bertujuan untuk membuka pori-pori kulit jadi sel-sel kulit mati boleh ditanggalkan.
2. Jakuzi
Rawatan yang memberikan getaran kepada tubuh ibu membolehkan sel-sel lemak bergetar dan hancur sedikit demi sedikit. Ia boleh membuang toksik yang ada di dalam badan supaya senang dipecahkan.
3. Hot Blanket/Sauna
Ia bertujuan untuk proses detoksifikasi kerana ada wanita yang menjadi gemuk semasa hamil kerana terlalu banyak air (water retention). Jadi selepas proses ini air yang berlebihan akan hilang dan seterusnya ukuran inci badan akan berkurangan.
4. Urutan Pelangsingan
Setiap teknik urutan pelangsingan membolehkan sel-sel lemak di dalam badan diuraikan. Urutan yang berkesan akan menyebabkan ibu berasa gatal-gatal di bahagian yang diurut. Ia perkara normal kerana menunjukkan proses pemecahan lemak sedang berlaku.
5. G5 Rawatan Pelangsingan
Penggunaan mesin pelangsingan tidak berbahaya kepada ibu-ibu baharu melahirkan anak. Ia melibatkan teknik getaran yang bertujuan memecahkan lemak di dalam badan lebih pantas iaitu sepantas apabila melakukan 100 kali senaman sit-up dan 100 kali push-up.
*Tetapi perlu diingat rawatan menggunakan teknik ini hanya boleh dilakukan selepas 3 bulan bagi ibu melahirkan bayi secara normal dan 6 bulan yang melahirkan secara pembedahan caesarean.
Mencari Set Berpantang yang sesuai untuk anda???Klik Sini

No comments:
Post a Comment