Thursday, 22 November 2012

Tanda dan Kesan Kekurangan Air Dalam Badan

Salam Semua...

Saya ada soalan untuk anda...Berapakah jumlah air kosong yang anda minum hari ini?? Pernahkah anda sukat jumlah air yang anda minum setiap hari?? saya pasti tak ramai yang sukat jumlah air yang diminumnya..betul x??

Jadi, apakah Tanda dan Kesan kekurangan Air dalam Badan??

  • Badan yang selalu bergerak kesana kemari akan cepat mengalami keletihan kerana kekurangan air dalam badan.
  • Bagi kanak-kanak pula akan menjadikannya kurang aktif.
  • Sekiranya seseorang itu kurang minum air ia akan menyebabkan seseorang itu mudah diserang demam.
  • Bahagian bibir anda juga tidak lembab seperti seseorang yang normal yang gemar meminum air suam.
  •  Badan akan mudah merasa letih akibat keletihan badan yang tidak mempunyai cecair mencukupi.
  • Menyukarkan anda untuk membuang air besar dengan lancar.
  • Warna air  kencing anda akan menjadi sedikit dan pekat.
  • Takala anda sedang menangis pasti air mata yang bakal anda hasilkan adalah dalam jumlah yang sedikit.
  • Bahagian otot-otot anda akan berasa lemah dan tidak bermaya.
  • Bagi yang selalu menghadapi migren, sekiranya anda kurang mengambil minuman ini akan menyebabkan anda sering sakit kepala dan pening serta – merta.
u13828219
  • Malah ada juga dalam kes-kes yang tertentu akan membuatkan seseorang itu pengsan secara tiba-tiba.  Ini akibat ketiadaan air dalam tubuh untuk menyerap badan.
  • Kulit kaki anda akan nampak bersisik / kulit kering.
  • Kulit wajah akan nampak kusam.
  • Tubuh anda akan kurang menghasilkan peluh ekoran dari kekuragan air dalam badan anda.
  • Perjalanan makanan anda didalam usus tidak akan dapat disempurnakan dalam keadaan yang baik.
  • Organ anda tidak akan dapat berfungi dengan sempurna seperti untuk mengepam darah  dan sebagainya..

No comments: