Wednesday, 26 December 2012

HB Rendah??? Jangan Biarkan!!

Salam semua..

Saya pasti ramai ibu2 hamil yang menghadapi masalah HB rendah kan?? Nurse pun mesti bisisng kalau HB kita rendah..Lepas tu, mula la kita makan makanan2 yang boleh menaikkan HB..Macam hati ayam, ikan bilis, sayur bayam dan macam2 lagi la..

Tahukah anda HB rendah yang juga di panggil anemia ni sangat berbahaya untuk ibu & bayi dalam kandungan??


Apa itu Anemia?
Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin. Hemoglobin merupakan pengakut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.


ANEMIA BOLEH MEMBAWA MAUT!
Ibu hamil dan menyusukan anak memerlukan zat besi yang cukup untuk proses kehamilan dan penyusuan yang baik, lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan, dan ibu menyusu yang sudah kedatangan haid.

Tanda2 Kekurangan Zat Besi:
- Badan letih dan lesu
- Kulit kelihatan pucat
- Sering hilang fokus
- Semput
- Sakit kepala da pening
- Jantung berdebar dengan cepat
- Sering lupa
- Tersangat kurus
- Loya

Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan kesan kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Kepada ibu :
  • Keguguran
  • Bersalin Awal
  • Kematian janin dalam kandungan
  • Tumpah darah semasa & selepas bersalin
Kepada Janin :
  • Kurang berat ketika lahir (kurang 2.5kg)
  • Lahir tidak cukup bula
  • Lemas semasa lahir
  • Pertumbuhan bayi terbantut
Jadi kepada Ibu2 hamil, dapatkan Set Kehamilan Shaklee yang lengkap untuk keperluan Zat2 anda & bayi anda!!

Penafian : Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat daripada pakar kesihatan.


No comments: