Tuesday, 24 December 2013

♥ 10 Fakta Menarik Tentang Jantung ♥


Jantung merupakan salah satu organ yang sangat menakjubkan dari tubuh manusia. Bila jantung berhenti berdenyut, kita pun akan kehilangan peluang untuk hidup.

Jantung mula berdenyut sebelum kita dilahirkan dan akan terus berdenyut sampai kita mati. Berikut adalah 10 fakta dan maklumat menarik tentang jantung

1. Rata-rata jantung berdenyut sebanyak 72 kali per minit. Ini bermakna jantung berdenyut hingga sekitar 100,000 kali dalam sehari dan 3.600.000 selama setahun. 

2. Setiap hari jantung menghasilkan tenaga yang cukup untuk memandu lori sejauh 20 batu (32 km) 

3. Jantung mula berdenyut sekitar empat minggu selepas persenyawaan (saat janin masih di dalam kandungan), dan terus melakukan denyutan hingga seseorang meninggal. 

4. Seseorang lebih besar kemungkinan mengalami serangan jantung pada hari Isnin daripada hari lain dalam seminggu. 

5. Satu dari tiga kemungkinan serangan jantung pertama merupakan peluang terakhir bagi hidup seseorang. Dalam kata lain, satu pertiga serangan jantung pertama membawa maut. 

6.Jantung bayi mempunyai jumlah sel yang sama seperti jantung orang dewasa, tapi ukurannya hanya satu per enam belas kali dari jantung orang dewasa. 

7. Bayi baru lahir mempunyai denyut jantung lebih cepat, iaitu sekitar 70-190 denyut per minit. 

8. Jantung perempuan lebih kecil 25% daripada jantung laki-laki. Oleh kerana itu, jantung seorang perempuan harus berdenyut enam kali lebih banyak daripada jantung laki-laki untuk mengepam jumlah darah yang mencukupi ke seluruh tubuh. 

9. Suara degup jantung yang terdengar adalah suara yang muncul kerana membuka dan menutupnya empat injap jantung. 

10. Orang Mesir kuno percaya bahawa jantung bersama dengan organ utama lain mempunyai kemahuan sendiri dan boleh bergerak di dalam tubuh.

p/s : Sayangilah jantung kita..jom dapatkan CoQ Health Shaklee..

No comments: