Sunday, 5 January 2014

♥♥ 10 Makanan Sihat Untuk Berat Badan Ideal ♥♥


As salam semua..


Ingin tetap makan banyak tapi tetap langsing? Jangan mimpi. Jika anda mengambil makanan dengan kalori lebih dari yang tubuh anda perlukan, berat badan secara automatik akan bertambah. Namun jangan berkecil hati dulu. Ada beberapa makanan yang boleh menimbulkan kesan kenyang yang lebih lama dari makanan lain. Jika rasa kenyang terasa lebih lama automatik anda tidak akan mencari-cari makanan ringan untuk mengisi kekosongan perut. Pilihlah makanan yang tinggi serat, mengandungi protein dan lemak sihat serta tinggikadar airnya. Keuntungannya, kebanyakan makanan tersebut adalah makanan yang juga mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh anda. Berikut adalah 10 makanan yang boleh menjaga berat badan ideal anda:



Epal
Epal merupakan contoh serat yang mudah dicerna untuk memerangi kolesterol. Epal juga bagus sebagai sumber vitamin C. Epal mengandung quecertin, plavanoid yang boleh mencegah penyakit kanser. Untuk dapatkan hasil maksimum, makan epal beserta kulitnya setelah dibersihkan.



Kacang almond


Kacang badam kaya serat dan protein, juga bagus untuk sumber zat besi, magnesium, dan vitamin E. Penggunaan kacang almond mentah atau sudah diproses untuk mendapatkan hasil terbaik.Elakkan kacang almond yang sudah dibumbui dengan banyak garam atau diolah dalam bentuk makanan manis, kerana buruk untuk program diet anda.

Bluberry

Blueberry kaya serat, vitamin C, dan antioksidan. Jenis berry lain juga boleh jadi pilihan yang sama bagusnya. Dimakan semasa masih segar atau ditambah dalam yogurt, bijiran dan salad, khasiat berry tetap bagus untuk kesihatan.

Bayam

Bayam berguna untuk rambut dan kulit kerana kaya zat besi, magnesium, serta vitamin 
A dan C.

Kacang merah

Kacang merang mempunyai kandungan serat, protein, zat besi, fosforus, magnesium tinggi, dan pelbagai vitamin serta mineral. Tambah kacang merah dalam salad atau sup yang anda buat untuk menambah lazat dan sihat makanan anda.

Brokoli

Brokoli merupakan sumber kalsium, potassium, serta vitamin A dan C. Untuk mendapatkan hasil terbaik jangan masak terlalu matang dan elakkan memakai sos serta keju berlebihan. 

Ubi

Ubi kaya dengan vitamin. Dalam ubi terkandung vitamin A, B, C, dan E. Selain itu, ubi juga rendah kalori, khususnya jika dibakar atau dimasak tanpa gula.

Salmon

Sebahagian besar jenis ikan dan makanan laut merupakan pilihan sihat, Tetapi salmon adalalah ikan yang paling bagus dengan kandungan protein serta asid amino omega 3 tinggi. Selain itu, salmon juga rendah kolesterol.

Gandum

Gandum kaya vitamin B3, thiamin atau vitamin B1, zat besi, serat, dan vitamin E. Bijirin gandum juga bagus untuk diet anda.

Soya

Kacang soya mengandungi omega 3, kalsium, dan zat besi. Makanan ini popular untuk vegetarian. Selain dimasak biasa, soya juga boleh dinikmati dalam bentuk tofu, susu, atau tempe dan tahu

P/S: Anda sedang mencari set pelangsingan badan?? klik SINI ye..

No comments: