Wednesday, 8 January 2014

✦✦ Resdung boleh membawa MAUT!! ✦✦

As salam semua..
Hari ni saya nak share info tentang penyakit resdung..Saya juga meruapakan salah seorang yang mempunyai penyakit ini..Tapi sekarang Alhamdulillah, sudah berkurangan malah hampir hilang sepenuhnya..


APAKAH RESDUNG (SINUSITIS)
Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:

* Streptococcus
* Staphylococcus

Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit.

Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung.
GEJALA RESDUNG (SINUSITIS)
• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
KEMUDRATAN RESDUNG (SINUSITIS)
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat

JENIS  RESDUNG (SINUSITIS)

AKUTIa berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.
Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.
Antara ciri-cirinya ialah :

* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

KRONIKSerangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.
Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:
  • Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
  • Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.
  • Kerap bersin pada waktu pagi
  • Ada kalanya hidung tersumbat
  • Tanpa demam tetapi hingus bertambah
  • Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
  • Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk. Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.
Pantang Larang Pemakanan Bagi Orang Menghidap Penyakit Resdung
1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.
2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
3.Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung.
5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
6. Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda.
7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.
8. Untuk pilihan yang lebih mudah & kesan yang lebih cepat, anda boleh mengambil suplement yang dapat mengurangkan resdung, iaitu SET RESDUNG SHAKLEE.
Fungsi bagi setiap produk adalah seperti berikut..
Jom kita lihat testimoni pula..

Alhamdulillah..memang ramai yang sangat berpuas hati dengan SET RESDUNG SHAKLEE..Pada anda yang masih mencari-cari penawar bagi resdung anda, tidak salah rasanya anda mencuba produk ini..DIJAMIN PUAS HATI!!
Anda ingin mencuba produk ini?? atau mempunyai pertanyaan tentang produk2 SHAKLEE..Hubungi saya di :
Main FB : Leez Ieja untuk chat secara live dengan saya
FanPage : Cantik Langsing Sihat untuk dapatkan tawaran istimewa & promosi terbaru
sms/wassap : 019-7315753
Email : leezshaklee@gmail.com

✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan

No comments: