Monday, 20 January 2014

✿✿ Selamat tinggal Gastrik!! ✿✿

Apakah Gastrik??

Gastrik terjadi apabila selaput dalam perut mengalami keradangan atau membengkak. Jenis Gastritis yang menyerang dan sembuh dalam waktu yang singkat dipanggil gastritis akut. Manakala gastrik berpanjangan dan kerap sehingga bertahun-tahun adalah gastritis kronik.
Pesakit yang menghidapi gastritis akut ialah mereka yang sakit disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori atau berpunca dari pengambilan ubat tahan sakit. Berbeza dengan pesakit yang menghidapi gastritis akut, pesakit yang menghidapi gastritis kronik dilihat mejoritinya disebabkan oleh , amalan pemakanan seperti terlalu kerap makan di luar, masa makan yang tidak teratur, jenis makanan seperti pedas, berempah, makan terlalu banyak dan tabiat buruk seperti minum arak atau merokok. Dan sudah tentu pengamal perubatan lebih mudah merawat pesakit gastritis akut daripada gastritis kronik. Namun teliti kembali kita lebih mudah menghidapi penyakit gastritis kronik kerana puncanya adalah gaya hidup serta pengambilan makanan yang kita ambil.

Simptom gastrik 

 * Kesakitan semakin berkurangan atau bertambah apabila makan. 
 * Pedih pada ulu hati atau bahagian atas perut. 
 * Terasa loya. 
 * Berat badan turun. 
 * Terasa pedih, sakit seperti sengal atau lapar yang teruk pada perut antara satu hingga tiga jam selepas makan atau tengah malam. 
 * Najis kehitaman atau berdarah (menunjukkan ulser sudah berdarah). 
 * Kerap sendawa. 

Tips mengelakkan Gastrik

  1. Pastikan waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang tetap.
  2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
  3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
  5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
  6. Elakkan makan terlalu kenyang
  7. Elakkan cuka, makanan yang pedas
  8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
  10. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
  11. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
  12. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.
  13. inginkan cara yang lebih mudah?? Amalkan suplement yang dapat mengurangkan gastrik, seperti SET GASTRIK SHAKLEE.

SET GASTRIK SHAKLEE
Set Gastrik Shaklee terdiri daripada:

✎ ESP

  • Esp mengurangkan keasidan dalam perut disebabkan jus gastrik. Esp bersifat alkali. Apabila bercampur dengan asid perut dapat mengurangkan hakisan pada dinding perut.
  • 20 jenis asid amino dalam ESP membantu dalam membina sel dan tisu baru bagi dinding perut.
✎ Ostematrix

  • OStematrix kaya dengan kalsium yang juga bersifat alkali. Sekaligus dapat mengurangkan keasidan dalam perut.
✎ Peppermint Ginger Plus

  • membantu pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi.
  • Ramuan yang terkandung dalam Peppermint ginger seperti herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis memberikan rasa nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut.
✎ B complex

  • mengurangkan stress, sekaligus mengurangkan kesakitan.
ingin mencuba set ini?? Hubungi saya di :

Main FB : Leez Ieja untuk chat secara live dengan saya
FanPage : Cantik Langsing Sihat untuk dapatkan tawaran istimewa & promosi terbaru
sms/wassap : 019-7315753
Email : leezshaklee@gmail.com

✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan

2 comments:

iza said...

Assalamualaikum... saya nak tanya kalau saya kalau saya ambik ubat doktor boleh ke saya ambil supplemant pepermint nie... doktor cakap asid dlm perut saya banyak sampai tak boleh nak bernafas n jantung laju... mohon pencerahan

Unknown said...

@iza..boleh sis..juz jarakkan mkan ubat doc & suplement 2 jam.. :-)