Saya sebenarnya sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan pada saya. Sehingga kini, anak saya sudah berumur 1 tahun 10 bulan, saya masih berpeluang untuk menyusukan anak saya sepenuhnya. Sememangnya sejak dari mula hamil lagi saya memang berniat untuk menyusukan anak saya sekurang-kurangnya sehingga umurnya 2 tahun. Semoga Allah perkenankan niat saya. Aminn..hehe..
![]() |
| Puteri saya ketika umurnya 4 bulan |
Tahukah anda, ramai rakan-rakan saya yang gagal menyusukan anak mereka kerana salah faham tentang penyusuan susu ibu ini. Apakah salah faham itu?? Mari saya senaraikan untuk anda..
✎ “Saya tidak mahu payudara yang kendur!”
Yang sebenarnya, penyusuan susu ibu membantu anda kembali kepada bentuk badan asal dengan lebih cepat. Wanita yang payudaranya kendur selepas bersalin menyalahkan penyusuan susu ibu sedangkan hakikatnya ia disebabkan oleh faktor usia yang meningkat dan graviti.
✎ “Penyusuan susu ibu menyusahkan.”
Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan atau penyediaan susu. Tambahan lagi, penyusuan susu ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia tidak melibatkan kos!
✎ “Penyusuan susu ibu mudah. Apa lagi yang hendak dipelajari?”
Penyusuan susu ibu memang semulajadi dan mudah tetapi ia juga satu kemahiran yang perlu
dipelajari. Dengan belajar, anda boleh lebih bersedia dan tidak mudah mengalah apabila timbul masalah.
✎ “Menyusukan bayi? Jangan haraplah. Tidakkah ia menyakitkan?”
Hakikatnya, pada awalnya anda mungkin rasa sedikit bengkak. Akan tetapi, ia akan hilang selepas beberapa hari. Jika anda rasa sakit, ini mungkin disebabkan bayi tidak menghisap puting dengan betul.
✎ “Tapi wanita yang berpayudara kecil tidak boleh menghasilkan susu yang mencukupi!”
Wanita yang berpayudara kecil boleh menghasilkan susu yang mencukupi. Saiz payudara dipengaruhi oleh tisu lemak manakala penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah sama tanpa mengira saiz payudara.
Apabila anda sudah membuat keputusan untuk menyusukan bayi, dapatkanlah semua maklumat tentang penyusuan susu ibu. Lapangkan minda. Penyusuan susu ibu melibatkan psikologi dan juga fizikal. Berikut adalah beberapa tip persediaan untuk menjayakan penyusuan susu ibu:
- Amalkan sikap yang positif dan yakin bahawa anda boleh dan akan berjaya.
- Rancang berapa lama anda mahu menyusukan bayi.
- Bercakap dengan suami dan jika boleh, hadiri ceramah penyusuan susu ibu atau kelas antenatal di mana penyusuan diajar bersama-sama.
- Libatkan diri anda dengan orang-orang yang menyokong penyusuan susu ibu. Jangan tawar hati dengan komen-komen negatif daripada mereka yang kurang memahami atau mempunyai tanggapan yang salah berkenaan penyusuan susu ibu
- Jika anda Ibu bekerja dan sibuk, serta tak dapat mengamalkan pemakanan seimbang, ambillah SUPLEMENT PENYUSUAN suapaya tubuh anda kekal fit dan sihat untuk menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti untuk bayi anak.
Mudah-mudahan sedikit info dari saya ini, mampu menaikkan semangat anda untuk menyusukan anak anda sepenuhnya. Lagi Tips penyusuan KLIK SINI ye..
Untuk menghubungi saya :
Main FB : Leez Ieja untuk chat secara live dengan saya
FanPage : Cantik Langsing Sihat untuk dapatkan tawaran istimewa & promosi terbaru
sms/wassap : 019-7315753
Email : leezshaklee@gmail.com

No comments:
Post a Comment