Friday, 24 January 2014

❣❣ Ingin Tahu, Perkembangan Fetus Anda?? ❣❣

As salam semua..

Saya pasti, setiap wanita hamil pasti ingin tahu bagaimanakah perkembangan bayi mereka ketika ini. Adakah dia sudah berambut? Bilakah kuku jarinya akan terbentuk? Bagaimanakah rupa si kecil? Post kali ni saya ingin kongsikan tentang perkembangan bayi dalam kandungan dari minggu ke minggu, serta penerangan mengenai setiap tahap perkembangan yang dicapainya. 



1 BulanBayi anda ialah embrio yang terdiri daripada dua lapisan sel, yang kemudiannya akan berkembang menjadi organ-organ dan bahagian-bahagian badan.

2 bulan
Ketika ini, saiz bayi anda kira-kira sebesar sebiji kacang merah dan dia sentiasa bergerak. Jari-jari tangannya telah terbentuk tetapi sedikit berselaput. 

3 bulan
Ketika ini, kepanjangan bayi anda sekitar 7sm hingga 8sm (3in) dan beratnya lebih kurang setengah biji pisang. Dia sudah mempunyai cap jarinya.

4 bulan
Bayi anda sekarang berukur 13sm (5.5in) dan berat badannya 140g (5oz). Rangkanya mula mengeras dari tulang rawan yang lembut menjadi tulang.

5 bulan
Kening dan kelopak matanya telah siap dibentuk. Ukuran bayi anda akan melebihi 27sm (10.5in) jika anda meregangkan kakinya.

6 bulan
Berat badan bayi anda sekitar 660g (1.5 paun). Kulitnya yang berkedut mula menjadi lembut dan licin bila ditempatkan lemak.

7 bulan
Pada masa kini, ukuran panjang bayi anda melebihi 40sm (15in). Dia boleh membuka dan menutup matanya dan mungkin melihat sekitarannya.

8 bulan
Berat badan bayi anda sekarang sekitar 2.2kg (4.7 paun). Lapisan lemaknya bagai "mengisikannya", menjadikan bayi anda kelihatan comel montel, dan paru-parunya sudah siap berkembang.

9 bulan
Sudah hampir masa bersalin! Secara purata, bayi lelaki yang baru lahir berukur 52sm (20.5in) dengan berat badan 3.4kg (7.5 paun), dan bayi perempuan yang baru lahir berukur 50sm (19.7in) dengan berat badan 3.2kg (7 paun), tetapi bayi-bayi memang banyak perbezaannya pada masa ini.

Makanan yang penting untuk fetus anda.
Pakar mengesyorkan setiap wanita yang merancang untuk hamil atau dalam 12 minggu pertama kehamilan supaya mengambil 400 mikrogram asid folik sebagai makanan tambahan. 

Asid folik Juga dikenali sebagai folat atau folasin. Asid folik termasuk dalam salah satu kumpulan vitamin B. Ia penting semasa kehamilan kerana ia merupakan salah satu daripada beberapa nutrien yang diketahui boleh mengelakkan kecacatan kelahiran tiub neural seperti spina bifida. Badan anda juga memerlukannya untuk menghasilkan sel-sel darah merah serta norepinefrin dan serotonin (komponen kimia dalam sistem saraf anda). Ia membantu menghasilkan DNA (bahan genetik badan) yang mengnormalkan fungsi-fungsi otak dan merupakan satu komponan penting dalam cecair saraf tunjang. 

Untuk pilihan yang mudah, anda bolehlah memilih suplement B COMPLEX SHAKLEE untuk memenuhi keperluan asid folik & vitamin B yang lengkap. Pada anda yang masih lagi mencari-cari suplement semasa hamil, anda bolehlah juga mencuba SET KEHAMILAN SHAKLEE. Untuk maklumat lanjut dan testimoni, KLIK SINI ye..


anda juga boleh hubungi saya di:
Main FB : Leez Ieja untuk chat secara live dengan saya
FanPage : Cantik Langsing Sihat untuk dapatkan tawaran istimewa & promosi terbaru
sms/wassap : 019-7315753
Email : leezshaklee@gmail.com

No comments: